Sunday, November 9, 2008

Yahudi Dan Obama AS

Setiap Presiden yang akan dipilih oleh rakyat Amerika Syarikat tidak sah sekiranya tidak memasukkan isu Yahudi dan Israel dalam agenda kempennya.Begitu juga dengan Barrack Hussein Obama, yang dikatakan bakal mencatat sejarah menjadi Presiden Kulit Hitam yang pertama Amerika Syarikat.Walaupun Obama menyatakan ia akan menjamin keselamatan Negara Yahudi Israel dalam dasar yang akan diambilnya terhadap krisis Timur Tengah, pada masa yang sama Obama menyatakan mesti diwujudkan Palestine sebagai tanah air bagi orang-orang Palestine.Namun populariti Obama dikatakan bukan disebabkan oleh dasar-dasar kempen pro-Yahudi ataupun Israel, tetapi kerana kempennya menggerakkan satu kebangkitan untuk stail politik baru dalam dunia demokrasi terhebat (a new style of politic in the world’s greatest democracy).Justeru, kebanyakkan media yang pro-Yahudi dan Israel seperti Jurusalem Post dan Canadian Jews News telah menyatakan kebimbangan mereka keatas dasar-dasar yang akan diambil Obama terhadap isu Israel Palestine.J

urusalem Post mengaitkan dasar Obama terhadap Israel dengan para penasihatnya yang dikatakan terdiri daripada mereka yang anti Israel.Penasihat Obama diketuai oleh Zbigniew Brzezinski yang pernah menjadi menjadi penasihat keselamatan kebangsaan kepada bekas Presiden Jimmy Carter.Ia menjadi kebimbangan kepada Yahudi Amerika kerana Jimmy Carter pernah mengeluarkan satu kenyataan bahawa ‘Israel adalah satu negara Apartheid’.Brzezinski pula mempertahankan kajian Walt-Mearsheimer yang merumuskan bahawa dasar Amerika terhadap Israel adalah disebabkan tekanan oaring-orang yahudi dan ia adalah bertentangan dengan kepentingan Amerika sendiri.Canadian Jews News turut menyatakan kebimbangan terhadap ucapan-ucapan Obama yang pragmatis terhadap Israel dan krisis Timur Tengah.

Akhbar tersebut memetik kata-kata pragmatik Obama semasa berucap dihadapan Majlis Demokratik Yahudi Kebangsaan.Obama berkata sokongannya kepada komuniti Yahudi lebih signifikan daripada sokongannya kepada komuniti Muslim, namun kemudiannya Obama berkata “Saya mengalu-alukan dan memerlukan sokongan daripada Muslim dan Komuniti Arab”.Walaubagaimana pun, tidak menjadi suatu rahsia lagi, pencalonan Obama telah dibantu dengan sumbangan kewangan dan sokongan politik oleh tokoh-tokoh dari Komuniti Yahudi Amerika.“Dengan rasa penuh hormat sokongan dari Steven Spielberg dan George Soros yang tersohor terhadap Obama, berbaloikah Yahudi di Amerika dan di Israel mengundi Obama?,” satu persoalan yang telah dilontarkan dalam akhbar Jurusalem Post.

No comments: