Thursday, May 17, 2007

Qubbat As-Sakhrah


Qubbat As-Sakhrah (Arab: قبة الصخرة) (Inggeris: Dome of the Rock) ialah antara seni binaan Islam yang tercantik di dunia. Qubbat As-Sakhrah bukanlah sebuah masjid sebaliknya ialah sebuah kompleks yang terdapatnya sebiji batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad s.a.w. berdiri ketika peristiwa Israk Mikraj. Qubbat As-Sakhrah terletak di Baitulmuqaddis di kawasan Al Haram Al Sharif. Qubbat As-Sakhrah bukanlah Masjid Al-Aqsa kerana Masjid Al-Aqsa terletak tidak jauh daripada bangunan ini. Qubbat As-Sakhrah seringkali disalahertikan sebagai Masjid Umar yang merupakan tempat Saidina Umar Al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmuqaddis. Berbanding dengan rumah-rumah ibadat yang lain, Qubbat As-Sakhrah yang paling dikenali sebagai simbol Baitulmuqaddis. Hal ini menjadikannya istimewa.

Perlu diingatkan bahawa bukan sahaja Masjid Al-Aqsa yang suci kepada umat Islam tetapi Qubbat As-Sakhrah dan kawasan sekitarnya juga adalah suci kerana ia terdapat di dalam Al Haram Al Sharif. Keseluruhan kawasan Al Haram Al Sharif ini ialah Masjidil Aqsa dan bukannya Masjid Al-Aqsa sahaja kerana bangunan Masjid Al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam. Masjid Al-Aqsa hanyalah mengambil sempena nama Masjidil Aqsa di dalam Al Quran.

Sebuah kumpulan radikal Yahudi di Israel ingin memusnahkan Qubbat As-Sakhrah dan bangunan-bangunan lain di Al Haram Al Sharif bagi membina kuil ketiga Yahudi di kawasan terbabit. Sebarang rancangan untuk memusnahkannya atau memindahkannya pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam sehingga boleh membawa kepada konflik dan perperangan.

Sejarah

Qubbat As-Sakhrah, seni binaan agung Islam yang pertama dibina diantara tahun 687 masihi sehingga tahun 691 masihi oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan, khalifah kerajaan Ummaiyyah. Ia dibina setengah kurun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.. Pelbagai masalah dan cabaran dihadapi bagi mempertahankan dan mengekalkan dan mengelakkan bangunan ini daripada musnah. Sejarah Qubbat As-Sakhrah boleh difokuskan kepada empat zaman secara keseluruhannya iaitu Zaman Islam, Zaman Perang Salib, Zaman Mandat British dan Zaman Pendudukan Israel.

Peristiwa Israk Mikraj

Pada tahun kesembilan misi Rasulullah s.a.w., lebih kurang tahun 620 masihi, Nabi Muhammad berjaga pada waktu malam untuk melakukan ibadah di Masjidil Haram, Makkah. Selepas beribadat, baginda tertidur seketika dekat Kaabah. Malaikat Jibril datang mengejutkan Rasulullah daripada tidur dan membawa baginda ke hujung Masjidil Haram. Menanti mereka ialah sejenis makhluk yang bernama Al Buraq. Rasulullah kemudiannya menaiki Al Buraq yang kemudian membawa baginda ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis dalam sekelip mata.

Apabila tiba di Baitulmuqaddis, Rasulullah turun daripada Al Buraq dan bersembahyang dekat sebuah batu. Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s,Nabi Isa a.s dan nabi-nabi yang lain berkumpul bersama dan bersolat bersama-sama baginda. Nabi Muhammad s.a.w. dipersembahkan semangkuk arak dan semangkuk susu. Rasulullah s.a.w. memilih susu. Malaikat Jibril a.s kemudiannya berkata "Ternyata engkau telah memilih ajaran yang sebenar". Rasulullah kemudiannya naik ke langit untuk menerima perintah menunaikan solat kepada umat Islam.

Peristiwa Penaklukan Baitulmuqaddis oleh Mujahiddin Islam

Pemandangan di dalam Qubbat As-Sakhrah.Pada tahun 638 masihi, selepas beberapa tahun kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., tentera Islam mengepung Baitulmuqaddis. Ketua Gereja Baitulmuqaddis, Sophronius, menyerahkan kota itu selepas kepungan yang singkat. Cuma terdapat satu syarat iaitu perbincangan mengenai penyerahan itu mestilah menerusi Khalifah Saidina Umar Al Khatab sendiri, khalifah kedua Islam.

Saidina Umar memasuki Baitulmuqaddis dengan berjalan. Tidak ada pertumpahan darah dan tidak ada pembunuhan oleh tentera Islam. Sesiapa yang ingin meninggalkan Baitulmuqaddis dengan segala harta benda mereka, dibenarkan berbuat demikian. Sesiapa yang ingin terus tinggal dijamin keselamatan nyawa, harta benda, dan tempat beribadat mereka. Semua ini terkandung dalam Perjanjian Umariyya.

Buat pertama kalinya Baitulmuqaddis terselamat daripada bermandi darah. Mengikut cerita, Saidina Umar kemudiannya menemani Sophronious ke gereja Church of the Holy Sepulchre yang mana Saidina Umar ditawarkan bersolat di dalamnya. Saidina Umar menolak takut akan timbulnya syak wasangka yang dapat menjejaskan penggunaan gereja itu sebagai tempat beribadat penganut Kristian. Saidina Umar sebaliknya menunaikan solat di sebelah selatan gereja tersebut yang kini merupakan tapak Masjid Umar di Baitulmuqaddis.

Saidina Umar kemudiannya meminta supaya dibawa ke tempat Masjidil Aqsa dengan ditemani beratus-ratus orang Islam. Saidina Umar mendapati tempat itu dipenuhi dengan habuk dan sampah sarap. Saidina Umar terus mengarahkan supaya tempat itu dibersihkan dengan serta merta. Sebuah masjid yang diperbuat daripada kayu kemudiannya didirikan pada masa Saidina Umar di sebelah paling selatan Al Haram Al Sharif.

Pembinaan Qubbat As-Sakhrah

Baitulmuqaddis ialah tempat suci bagi agama Kristian, Yahudi, dan Islam. Selepas kematian Saidina Ali Abi Talib (khalifah terakhir Khulafa al-Rasyidin), menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w., adalah di Baitulmuqaddis pemimpin-pemimpin Arab dan Islam bertemu pada tahun 660 untuk memilih khalifah yang baru. Mu'awiyah, pengasas kerajaan Bani Ummaiyyah telah dipilih sebagai khalifah. Beberapa tahun selepas itu, Khalifah Abdul Malik bin Marwan mengarahkan pembinaan Qubbat As-Sakhrah sebagai simbol perpaduan agama Kristian, Yahudi, dan Islam.

Seni Bina

Qubbat As-Sakhrah terkenal dengan keindahan dan kehalusan seni binanya. Kubahnya yang amat terkenal diliputi oleh batu-batu marmar yang mahal dan cantik bagi memperindahkan lagi seni binaannya. Malah ia juga dikategorikan sebagai bangunan warisan dunia PBB. Tetapi sejak akhir-akhir ini ia diancam keretakan kerana kerja-kerja arkeologi oleh arkeologis Israel. Kubah emasnya disalut emas hasil daripada bantuan Arab Saudi.

Kekeliruan Mengenai Qubbat As-Sakhrah @ Dome of The Rock

Qubbat As-Sakhrah seringkali dianggap sebagai Masjid Umar yakni tempat Saidina Umar Al-Khatab bersembahyang ketika ditawarkan bersembahyang di gereja besar Kristian. Anggapan ini salah kerana Qubbat As-Sakhrah dan Masjid Umar ialah dua bangunan yang berbeza.

Qubbat As-Sakhrah juga sentiasa dianggap sebagai Masjid Al-Aqsa. Walaupun Qubbat As-Sakhrah terletak di Al Haram Al Sharif namun ia bukanlah Masjid Al-Aqsa. Masjid Al-Aqsa pula terletak tidak jauh daripada Qubbat As-Sakhrah.

Masjid Al-Aqsa


Masjid Al-Aqsa adalah sebahagian daripada kompleks bangunan-bangunan agama-agama di Baitulmuqaddis dikenali sebagai Gunung Majed atau Al-Haram Al-Sharif dan tapak ibadah suci yang ketiga (Tapak Ibadah Suci) kepada Muslim and the Har ha-Bayit (Kuil Suci) kepada Yahudi.

Masjid ini terletak di Baitulmuqaddis Timur, satu kawasan pertelingkahan yang ditadbir sebahagiannya daripada Israel tetapi dituntut oleh Palestin sebagai sebahagian daripada Palestin yang baru. Masjid terbesar di Baitulmuqaddis, ia boleh memenuhi lebih kurang 5,000 orang yang beribadah didalam dan di sekitarnya.

Masjid ini ditadbir oleh pihak Waqf sejak zaman pendudukan Israel pada tahun 1967.

Nama Asal

Nama "Masjid Al-Aqsa" bermaksud "masjid paling jauh", dan ia mungkin diambil daripada Isra and Mi'raj, satu tradisi Muslim tentang perjalanan lebih kurang pada 621 Nabi Muhammad s.a.w.(570-632). Berdasarkan pada ayat al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. melalui perjalanan dengan menaiki Buraq daripada "masjid al-haram" ( di Mekah di selatan Arabia Saudi ) hingga ke "masjid paling jauh" (Masjid al-Aqsa), dan daripada satu batu di sana, Nabi Muhammed menaiki Buraq dan kemudiannya naik ke langit, ditemankan oleh malaikat Jibril, dan menghabiskan masa menjelajah langit dan menerima wahyu mewajibkan solat sebelum kembali ke bumi dan berkomunikasi dengan orang-orang yang beriman. Lokasi "masjid paling jauh" tidak dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran, tetapi ianya berkait rapat dengan Baitulmuqaddis, walaupun Baitulmuqaddis tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran.

Pembinaan

Sebuah masjid kayu pada asalnya dibina di sini oleh Saidina Umar Al-Khatab, khalifah ke-dua Islam pada tahun 638M. Selepas pembinaan Qubbat As-Sakhrah, Khalifah Abdul Malik ibni Marwan mengarahkan supaya dibina sebuah masjid bagi mengantikan masjid yang sedia ada. Anaknya Al Walid ibni Abdul Malik menyiapkan pembinaan masjid ini semasa pemerintahannya pada 705M. Masjid ini harus tidak dikelirukan dengan keseluruhan kawasan ini yang juga dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa Al Haram Al Sharif. Setiap inci kawasan ini amat suci dan tidak boleh dirundingkan.

Gaza Jadi Zon Perang Pejuang Fatah dan Hamas

GAZA: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas terpaksa turun padang dan berperanan secara langsung bagi menghalang pertempuran sengit antara Fatah dengan Hamas.

Kejadian itu tidak hanya menyaksikan pertumpahan darah buruk dengan 21 kematian kelmarin, tetapi boleh menjerumuskan rakyat Palestin dalam perang saudara serta kemungkinan serangan balas Israel.

Mahmoud dijadualkan melakukan perjalanan dari Tebing Barat ke Gaza lewat semalam, untuk berbincang dengan pemimpin kanan termasuk Perdana Menteri, Ismail Haniyeh yang mewakili Hamas.

Pembantu Mahmoud, Yasser Abed Rabbo, berkata salah satu pilihan Mahmoud adalah mengisytiharkan darurat yang memberinya kuasa melangkaui kerajaan campuran Hamas-Fatah yang dilihat sebagai gagal menangani pertempuran.

Keadaan dilaporkan genting apabila pertempuran berleluasa di Gaza, termasuk tindakan kumpulan yang menutup muka berlari sambil melepaskan tembakan ke arah satu sama lain dan menakutkan penduduk yang terperangkap dalam rumah mereka.

Pertempuran sengit Hamas-Fatah di jalanan juga menyebabkan bandar Gaza yang berpenduduk padat, menjadi zon perang dan menjadikan penduduk ketakutan sebagai mangsa.

Tembakan secara rambang turut merosakkan bangunan pangsapuri selain turut mensasarkan sekumpulan penunjuk perasaan.

Lewat kelmarin, Hamas mengumumkan akan memantau gencatan senjata sebelah pihak dan Mahmoud menggesa pihak berbalah, bertahan.

Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab juga menggesa semua pihak menghentikan pertempuran itu.

Namun, amaran itu gagal mengekang keadaan apabila dua lagi anggota daripada kumpulan bermusuhan itu, terbunuh sebelum keadaan bertukar sedikit aman pada awal pagi semalam.

Anggota Hamas juga melepaskan tembakan ke arah pengawal rumah pemimpin mereka sendiri, Ismail, tetapi tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa. Kumpulan Hamas kemudiannya menyifatkan kejadian itu satu kesilapan.

Dalam tindakan yang dilihat cubaan mengheret Israel dalam konflik itu, Hamas melancarkan lebih 20 roket ke bandar Yahudi, Sderot kelmarin - hari kedua berturut-turut yang mengundang serangan balas Israel.

Malah rejim Zionis itu melancarkan dua serangan dengan jet pejuangnya membedil kereta didakwa membawa pejuang Palestin, menyebabkan dua maut. Israel turut membedil laman pusat perintah Hamas yang meragut empat nyawa.

Serangan itu menyaksikan pejuang Hamas dan Fatah mengenepikan permusuhan mereka buat seketika apabila bekerjasama mengorek runtuhan markas yang terletak bersebelahan.

Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar, berkata Israel tidak boleh terus bertahan apabila rakyatnya diserang.

“Sehubungan itu, satu serangan balas yang berani akan menyusuli,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Penganalisis Israel tidak menolak kemungkinan rejim Zionis itu merujuk operasi besar-besaran menceroboh Gaza selain serangan kejam mensasarkan skuad pelancar roket Palestin.


– AP (Dipetik dari Berita Harian, 17/05/2007)

Tebing Barat


Tebing Barat merupakan sebuah daerah di Timur Tengah yang merangkumi kawasan di barat Sungai Jordan yang dikuasai oleh Jordan di akhir perang Arab-Israel pada 1948. Kemudian pada 1967, ia ditawan oleh Israel pada Perang 6 hari.Kini, sebahagian daerah ini dikawal pemerintah pihak berkuasa Palestin, manakala sebahagian lain masih dikawal Israel. Bersama-sama Jaluran Gaza, ia membentuk daerah Palestin yang menjadi rebutan antara dua pihak tersebut.Di sinilah letaknya bandar Al-Quds (Jerusalem), tempat letaknya Al Haram Al Sharif yang menjadi punca utama pertelingkahan orang Islam dan Yahudi

Keganasan Semakin Berterusan di Gaza, 5 Maut

BANDAR GAZA 17 Mei – Gaza hari ini terus dicengkam ketegangan di sebalik gencatan senjata baru selepas lima orang terbunuh dalam pergaduhan antara puak yang membawa kerajaan perpaduan Palestin di ambang keruntuhan.

Bunyi tembakan kedengaran sekali-sekala di jalan-jalan raya bandar raya Gaza dengan kumpulan lelaki bersenjata memakai topeng kelihatan berkeliaran sementara penembak tepat berada di atas bumbung-bumbung bangunan.

Gencatan senjata terbaru antara kum- pulan Hamas dan Fatah berjaya meredakan keadaan seketika.

Presiden Mahmoud Abbas dari Fatah mengadakan lawatan ke wilayah yang ber- golak itu hari ini bagi mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri, Ismail Haniyeh bagi menamatkan keganasan yang setakat ini menyebabkan 43 orang terbunuh dalam tempoh lima hari.

Kumpulan Fatah dan Hamas semalam bersetuju mengadakan gencatan senjata keempat bagi menghentikan pertempuran yang menggugat Kabinet Palestin yang berusia dua bulan dan kebimbangan tercetusnya perang saudara.

– AFP (Dipetik dari Utusan Malaysia, 17/05/2007)

Gaza


Jaluran Gaza adalah sebuah daerah kecil di sebelah barat daya Israel. Pada akhir perang Arab-Israel di tahun 1948, daerah ini dikuasai oleh Mesir. Tetapi pada Perang 6 hari, daerah ini ditakluk oleh Israel. Sebahagian besar daerah ini dikawal pemerintah pihak berkuasa Palestin, termasuk sebahagian dari Tebing Barat

Qubbat As-Sakhrah @ Dome of The Rock


Bumi Palestin


Palestin terletak di bagian barat benua Asia yang membentang antara garis lintang meridian 15-34 dan 40-35 ke arah timur, dan antara garis lintang meridian 30-29 dan 15-33 ke arah utara. Palestin membentuk bagian tenggara dari kesatuan geografi yang besar di belahan timur dunia Arab yang disebut dengan negeri Syam. Selain Palestin, negeri Syam terdiri dari Lubnan, Syria dan Jordan. Pada awalnya negara-negara ini mempunyai perbatasan yang kolektif di luar perbatasannya dengan Mesir.


Perbatasan Palestin dimulai dengan Lubnan di Ras El-Nakoura di wilayah laut Mediterranian (Laut Tengah) dan dengan garis lurus mengarah ke timur sampai ke daerah di setelah kota kecil Lubnan iaitu kota Bent Jubayel, di mana garis pemisah antara kedua negara ini miring ke utara dengan sudut yang hampir lurus. Pada titik ini, perbatasan berada mengitari mata air sungai Jordan yang menjadi bagian dari Palestin dalam jalan kecil yang membatasinya dari wilayah Timur dengan wilayah Syria dan danau Al Hola, Lout dan Tabariyya.Perbatasan dengan Jordan dimulai di wilayah selatan danau Tabariyya pada pembuangan sungai Al Yarmouk. Terus sepanjang sungai Jordan. Dari mata air sungai Jordan, perbatasan ini ke arah selatan membelah pertengahan Laut Mati secara geometrikal dan lembah Araba, hingga sampai pada daerah Aqaba.


Perbatasan dengan Mesir dapat digambarkan dengan garis yang hampir membentuk garis lurus yang membelah antara daerah semi-pulau Seena dan padang pasir Al Naqab. Perbatasan ini dimulai di Rafah di Laut Tengah hingga sampai ke daerah Taba di Teluk Aqaba.Di bagian Barat, Palestin terletak di sebelah perairan lepas antarabangsa dari Laut Tengah dengan jarak sekitar 250 km dari Ras El-Nakoura di belah selatan hingga Rafah di bahagian selatan.
Kerana lokasinya terletak di pertengahan negara-negara Arab, Palestin membentuk kombinasi geografi yang natural dan humanistik bagi medan daratan yang luas yang memuat kehidupan orang-orang asli Badui di wilayah selatan dan gaya pendudukan yang sudah lama di bagian utara. Tanah Palestin mempunyai keistimewaan dibanding dengan daerah lain kerana merupakan sebahagian dari tempat tinggalnya manusia pertama, tempat diturunkannya semua
agama samawi, tempat di mana peradaban kuno muncul, menjadi jambatan aktiviti komersil dan tempat penyusupan ekspedisi ketenteraan di sepanjang era bersejarah yang berbeza.


Lokasi strategik yang dinikmati Palestin memungkinkannya untuk faktor penghubung antara berbagai benua bagi dunia kuno Asia, Afrika dan Eropah. Palestin juga menjadi tempat yang dijadikan pintu masuk bagi perjalanan ke tempat-tempat jiran. Ia menjadi jambatan penghubung bagi manusia sejak dahulu kala, sebagaimana ia juga menikmati lokasi sentral yang memikat seluruh orang yang mau bermukim dan hidup dalam kemakmuran. Maka dari itu sangat alami kalau Palestin menjadi pusat bagi kerakusan banyak orang yang ingin berkuasa dan mengeksploitasi keistimewaannya.

Pejabat Tentera Hamas Dibedil - 3 maut, 54 cedera (Serangan Israel Burukkan Keadaan di Gaza)


BANDAR GAZA 17 Mei – Tiga orang pejuang Hamas terbunuh hari ini dalam tiga serangan udara berasingan yang dilancarkan oleh Israel, yang turut memusnahkan Ibu Pejabat Pasukan Tentera Eksekutif Hamas dan dua bangunan lain pergerakan Palestin itu.

Turut menjadi sasaran serangan itu ialah sebuah kereta yang membawa dua orang komander kanan dan sebuah treler milik Hamas.

Serangan itu memburukkan lagi keadaan di Palestin yang berhadapan dengan pertempuran dalaman antara Fatah dan Hamas, yang telah pun meragut 22 nyawa dan melumpuhkan Genting Gaza.

Pihak tentera Israel mengesahkan ketiga-tiga serangan itu dilancarkan setelah memberi amaran “tindakan keras” ekoran berlakunya serangan roket berkali-kali oleh pejuang Palestin sejak tiga hari lalu.

“Israel akan mempertahankan warganya. Kami akan menghentikan serangan roket, pelancar roket dan mereka yang merancang untuk memusnahkan infrastruktur,” kata jurucakap kerajaan Israel, Miri Eisin.

Bedilan ke atas ibu pejabat pasukan tentera eksekutif itu meninggalkan asap tebal di ruang udara Gaza dan memusnahkan bangunan pejabat dua tingkat terbabit serta beberapa bangunan lain di sekitarnya.

Pegawai perubatan menyatakan bahawa seorang maut sementara 54 yang lain cedera dalam serangan udara pertama Israel.

Ia kemudiannya disusuli dengan satu lagi serangan udara ke atas sebuah kereta yang membawa dua komander kanan Hamas yang membunuh salah seorang dari mereka.

Beberapa minit kemudian, serangan ketiga dilancarkan ke atas sebuah treler yang menempatkan pengawal keselamatan kepada seorang pegawai kanan Hamas di utara Gaza, menyebabkan seorang terbunuh sementara lapan yang lain cedera. -AP (Dipetik dari Utusan Malaysia, 17/05/2007)

Siapalah Aku?


Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah...

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi....

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh...

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,1987,
HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara...

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah...

Kusenyum, kulihatIntifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat...

Pagi,Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari...

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

3 April 2004,Hotel Fatamorgana,Sweileh, Amman.