Sunday, November 9, 2008

Yahudi Dan Obama US #2











Isu yang hangat sekarang tentulah mengenai kemenangan Barack Obama sebagai Presiden AS. Ramai juga yang gembira, atas dasar darah Islam yang mengalir dalam tubuhnya. Meskipun kemenangan Obama mencatatkan sejarah, saya lebih memikirkan nasib umat Islam selepas ini. Dari pembacaan saya sebelum ini, tidaklah mudah untuk sesiapa menjadi Presiden AS tanpa sokongan dari Yahudi, sekurang-kurangnya orang itu mesti sedikit sebanyak berketurunan Yahudi. Tapi, mengapa begitu mudah Obama dinaikkan? Apa muslihatnya? Saya mencari-cari info tentangnya dan ini yang saya jumpai...

Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel? Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja.

Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).

Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?

Tidak menghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah 77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat 74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004. Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut dan Massachusetts.

Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel."My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction” kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007.

Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru.

Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh Demokrat adalah lebih banyak dari Republikan. Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanya antara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam". Benarkah begitu?

Begitu juga dengan petikan akhbar rasmi Israel ini. Israel telahpun memberi amaran awal kepada Obama agar menjaga hak Israel bagi mempertahankan diri sendiri.

Tambah mengukuhkan berita, lihat pula siapa yang dilantik sebagai orang kanan Obama?Baca di sini.












Yahudi Dan Obama AS

Setiap Presiden yang akan dipilih oleh rakyat Amerika Syarikat tidak sah sekiranya tidak memasukkan isu Yahudi dan Israel dalam agenda kempennya.Begitu juga dengan Barrack Hussein Obama, yang dikatakan bakal mencatat sejarah menjadi Presiden Kulit Hitam yang pertama Amerika Syarikat.Walaupun Obama menyatakan ia akan menjamin keselamatan Negara Yahudi Israel dalam dasar yang akan diambilnya terhadap krisis Timur Tengah, pada masa yang sama Obama menyatakan mesti diwujudkan Palestine sebagai tanah air bagi orang-orang Palestine.Namun populariti Obama dikatakan bukan disebabkan oleh dasar-dasar kempen pro-Yahudi ataupun Israel, tetapi kerana kempennya menggerakkan satu kebangkitan untuk stail politik baru dalam dunia demokrasi terhebat (a new style of politic in the world’s greatest democracy).Justeru, kebanyakkan media yang pro-Yahudi dan Israel seperti Jurusalem Post dan Canadian Jews News telah menyatakan kebimbangan mereka keatas dasar-dasar yang akan diambil Obama terhadap isu Israel Palestine.J

urusalem Post mengaitkan dasar Obama terhadap Israel dengan para penasihatnya yang dikatakan terdiri daripada mereka yang anti Israel.Penasihat Obama diketuai oleh Zbigniew Brzezinski yang pernah menjadi menjadi penasihat keselamatan kebangsaan kepada bekas Presiden Jimmy Carter.Ia menjadi kebimbangan kepada Yahudi Amerika kerana Jimmy Carter pernah mengeluarkan satu kenyataan bahawa ‘Israel adalah satu negara Apartheid’.Brzezinski pula mempertahankan kajian Walt-Mearsheimer yang merumuskan bahawa dasar Amerika terhadap Israel adalah disebabkan tekanan oaring-orang yahudi dan ia adalah bertentangan dengan kepentingan Amerika sendiri.Canadian Jews News turut menyatakan kebimbangan terhadap ucapan-ucapan Obama yang pragmatis terhadap Israel dan krisis Timur Tengah.

Akhbar tersebut memetik kata-kata pragmatik Obama semasa berucap dihadapan Majlis Demokratik Yahudi Kebangsaan.Obama berkata sokongannya kepada komuniti Yahudi lebih signifikan daripada sokongannya kepada komuniti Muslim, namun kemudiannya Obama berkata “Saya mengalu-alukan dan memerlukan sokongan daripada Muslim dan Komuniti Arab”.Walaubagaimana pun, tidak menjadi suatu rahsia lagi, pencalonan Obama telah dibantu dengan sumbangan kewangan dan sokongan politik oleh tokoh-tokoh dari Komuniti Yahudi Amerika.“Dengan rasa penuh hormat sokongan dari Steven Spielberg dan George Soros yang tersohor terhadap Obama, berbaloikah Yahudi di Amerika dan di Israel mengundi Obama?,” satu persoalan yang telah dilontarkan dalam akhbar Jurusalem Post.

Thursday, May 17, 2007

Qubbat As-Sakhrah


Qubbat As-Sakhrah (Arab: قبة الصخرة) (Inggeris: Dome of the Rock) ialah antara seni binaan Islam yang tercantik di dunia. Qubbat As-Sakhrah bukanlah sebuah masjid sebaliknya ialah sebuah kompleks yang terdapatnya sebiji batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad s.a.w. berdiri ketika peristiwa Israk Mikraj. Qubbat As-Sakhrah terletak di Baitulmuqaddis di kawasan Al Haram Al Sharif. Qubbat As-Sakhrah bukanlah Masjid Al-Aqsa kerana Masjid Al-Aqsa terletak tidak jauh daripada bangunan ini. Qubbat As-Sakhrah seringkali disalahertikan sebagai Masjid Umar yang merupakan tempat Saidina Umar Al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmuqaddis. Berbanding dengan rumah-rumah ibadat yang lain, Qubbat As-Sakhrah yang paling dikenali sebagai simbol Baitulmuqaddis. Hal ini menjadikannya istimewa.

Perlu diingatkan bahawa bukan sahaja Masjid Al-Aqsa yang suci kepada umat Islam tetapi Qubbat As-Sakhrah dan kawasan sekitarnya juga adalah suci kerana ia terdapat di dalam Al Haram Al Sharif. Keseluruhan kawasan Al Haram Al Sharif ini ialah Masjidil Aqsa dan bukannya Masjid Al-Aqsa sahaja kerana bangunan Masjid Al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam. Masjid Al-Aqsa hanyalah mengambil sempena nama Masjidil Aqsa di dalam Al Quran.

Sebuah kumpulan radikal Yahudi di Israel ingin memusnahkan Qubbat As-Sakhrah dan bangunan-bangunan lain di Al Haram Al Sharif bagi membina kuil ketiga Yahudi di kawasan terbabit. Sebarang rancangan untuk memusnahkannya atau memindahkannya pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam sehingga boleh membawa kepada konflik dan perperangan.

Sejarah

Qubbat As-Sakhrah, seni binaan agung Islam yang pertama dibina diantara tahun 687 masihi sehingga tahun 691 masihi oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan, khalifah kerajaan Ummaiyyah. Ia dibina setengah kurun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.. Pelbagai masalah dan cabaran dihadapi bagi mempertahankan dan mengekalkan dan mengelakkan bangunan ini daripada musnah. Sejarah Qubbat As-Sakhrah boleh difokuskan kepada empat zaman secara keseluruhannya iaitu Zaman Islam, Zaman Perang Salib, Zaman Mandat British dan Zaman Pendudukan Israel.

Peristiwa Israk Mikraj

Pada tahun kesembilan misi Rasulullah s.a.w., lebih kurang tahun 620 masihi, Nabi Muhammad berjaga pada waktu malam untuk melakukan ibadah di Masjidil Haram, Makkah. Selepas beribadat, baginda tertidur seketika dekat Kaabah. Malaikat Jibril datang mengejutkan Rasulullah daripada tidur dan membawa baginda ke hujung Masjidil Haram. Menanti mereka ialah sejenis makhluk yang bernama Al Buraq. Rasulullah kemudiannya menaiki Al Buraq yang kemudian membawa baginda ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis dalam sekelip mata.

Apabila tiba di Baitulmuqaddis, Rasulullah turun daripada Al Buraq dan bersembahyang dekat sebuah batu. Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s,Nabi Isa a.s dan nabi-nabi yang lain berkumpul bersama dan bersolat bersama-sama baginda. Nabi Muhammad s.a.w. dipersembahkan semangkuk arak dan semangkuk susu. Rasulullah s.a.w. memilih susu. Malaikat Jibril a.s kemudiannya berkata "Ternyata engkau telah memilih ajaran yang sebenar". Rasulullah kemudiannya naik ke langit untuk menerima perintah menunaikan solat kepada umat Islam.

Peristiwa Penaklukan Baitulmuqaddis oleh Mujahiddin Islam

Pemandangan di dalam Qubbat As-Sakhrah.Pada tahun 638 masihi, selepas beberapa tahun kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., tentera Islam mengepung Baitulmuqaddis. Ketua Gereja Baitulmuqaddis, Sophronius, menyerahkan kota itu selepas kepungan yang singkat. Cuma terdapat satu syarat iaitu perbincangan mengenai penyerahan itu mestilah menerusi Khalifah Saidina Umar Al Khatab sendiri, khalifah kedua Islam.

Saidina Umar memasuki Baitulmuqaddis dengan berjalan. Tidak ada pertumpahan darah dan tidak ada pembunuhan oleh tentera Islam. Sesiapa yang ingin meninggalkan Baitulmuqaddis dengan segala harta benda mereka, dibenarkan berbuat demikian. Sesiapa yang ingin terus tinggal dijamin keselamatan nyawa, harta benda, dan tempat beribadat mereka. Semua ini terkandung dalam Perjanjian Umariyya.

Buat pertama kalinya Baitulmuqaddis terselamat daripada bermandi darah. Mengikut cerita, Saidina Umar kemudiannya menemani Sophronious ke gereja Church of the Holy Sepulchre yang mana Saidina Umar ditawarkan bersolat di dalamnya. Saidina Umar menolak takut akan timbulnya syak wasangka yang dapat menjejaskan penggunaan gereja itu sebagai tempat beribadat penganut Kristian. Saidina Umar sebaliknya menunaikan solat di sebelah selatan gereja tersebut yang kini merupakan tapak Masjid Umar di Baitulmuqaddis.

Saidina Umar kemudiannya meminta supaya dibawa ke tempat Masjidil Aqsa dengan ditemani beratus-ratus orang Islam. Saidina Umar mendapati tempat itu dipenuhi dengan habuk dan sampah sarap. Saidina Umar terus mengarahkan supaya tempat itu dibersihkan dengan serta merta. Sebuah masjid yang diperbuat daripada kayu kemudiannya didirikan pada masa Saidina Umar di sebelah paling selatan Al Haram Al Sharif.

Pembinaan Qubbat As-Sakhrah

Baitulmuqaddis ialah tempat suci bagi agama Kristian, Yahudi, dan Islam. Selepas kematian Saidina Ali Abi Talib (khalifah terakhir Khulafa al-Rasyidin), menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w., adalah di Baitulmuqaddis pemimpin-pemimpin Arab dan Islam bertemu pada tahun 660 untuk memilih khalifah yang baru. Mu'awiyah, pengasas kerajaan Bani Ummaiyyah telah dipilih sebagai khalifah. Beberapa tahun selepas itu, Khalifah Abdul Malik bin Marwan mengarahkan pembinaan Qubbat As-Sakhrah sebagai simbol perpaduan agama Kristian, Yahudi, dan Islam.

Seni Bina

Qubbat As-Sakhrah terkenal dengan keindahan dan kehalusan seni binanya. Kubahnya yang amat terkenal diliputi oleh batu-batu marmar yang mahal dan cantik bagi memperindahkan lagi seni binaannya. Malah ia juga dikategorikan sebagai bangunan warisan dunia PBB. Tetapi sejak akhir-akhir ini ia diancam keretakan kerana kerja-kerja arkeologi oleh arkeologis Israel. Kubah emasnya disalut emas hasil daripada bantuan Arab Saudi.

Kekeliruan Mengenai Qubbat As-Sakhrah @ Dome of The Rock

Qubbat As-Sakhrah seringkali dianggap sebagai Masjid Umar yakni tempat Saidina Umar Al-Khatab bersembahyang ketika ditawarkan bersembahyang di gereja besar Kristian. Anggapan ini salah kerana Qubbat As-Sakhrah dan Masjid Umar ialah dua bangunan yang berbeza.

Qubbat As-Sakhrah juga sentiasa dianggap sebagai Masjid Al-Aqsa. Walaupun Qubbat As-Sakhrah terletak di Al Haram Al Sharif namun ia bukanlah Masjid Al-Aqsa. Masjid Al-Aqsa pula terletak tidak jauh daripada Qubbat As-Sakhrah.

Masjid Al-Aqsa


Masjid Al-Aqsa adalah sebahagian daripada kompleks bangunan-bangunan agama-agama di Baitulmuqaddis dikenali sebagai Gunung Majed atau Al-Haram Al-Sharif dan tapak ibadah suci yang ketiga (Tapak Ibadah Suci) kepada Muslim and the Har ha-Bayit (Kuil Suci) kepada Yahudi.

Masjid ini terletak di Baitulmuqaddis Timur, satu kawasan pertelingkahan yang ditadbir sebahagiannya daripada Israel tetapi dituntut oleh Palestin sebagai sebahagian daripada Palestin yang baru. Masjid terbesar di Baitulmuqaddis, ia boleh memenuhi lebih kurang 5,000 orang yang beribadah didalam dan di sekitarnya.

Masjid ini ditadbir oleh pihak Waqf sejak zaman pendudukan Israel pada tahun 1967.

Nama Asal

Nama "Masjid Al-Aqsa" bermaksud "masjid paling jauh", dan ia mungkin diambil daripada Isra and Mi'raj, satu tradisi Muslim tentang perjalanan lebih kurang pada 621 Nabi Muhammad s.a.w.(570-632). Berdasarkan pada ayat al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. melalui perjalanan dengan menaiki Buraq daripada "masjid al-haram" ( di Mekah di selatan Arabia Saudi ) hingga ke "masjid paling jauh" (Masjid al-Aqsa), dan daripada satu batu di sana, Nabi Muhammed menaiki Buraq dan kemudiannya naik ke langit, ditemankan oleh malaikat Jibril, dan menghabiskan masa menjelajah langit dan menerima wahyu mewajibkan solat sebelum kembali ke bumi dan berkomunikasi dengan orang-orang yang beriman. Lokasi "masjid paling jauh" tidak dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran, tetapi ianya berkait rapat dengan Baitulmuqaddis, walaupun Baitulmuqaddis tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran.

Pembinaan

Sebuah masjid kayu pada asalnya dibina di sini oleh Saidina Umar Al-Khatab, khalifah ke-dua Islam pada tahun 638M. Selepas pembinaan Qubbat As-Sakhrah, Khalifah Abdul Malik ibni Marwan mengarahkan supaya dibina sebuah masjid bagi mengantikan masjid yang sedia ada. Anaknya Al Walid ibni Abdul Malik menyiapkan pembinaan masjid ini semasa pemerintahannya pada 705M. Masjid ini harus tidak dikelirukan dengan keseluruhan kawasan ini yang juga dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa Al Haram Al Sharif. Setiap inci kawasan ini amat suci dan tidak boleh dirundingkan.

Gaza Jadi Zon Perang Pejuang Fatah dan Hamas

GAZA: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas terpaksa turun padang dan berperanan secara langsung bagi menghalang pertempuran sengit antara Fatah dengan Hamas.

Kejadian itu tidak hanya menyaksikan pertumpahan darah buruk dengan 21 kematian kelmarin, tetapi boleh menjerumuskan rakyat Palestin dalam perang saudara serta kemungkinan serangan balas Israel.

Mahmoud dijadualkan melakukan perjalanan dari Tebing Barat ke Gaza lewat semalam, untuk berbincang dengan pemimpin kanan termasuk Perdana Menteri, Ismail Haniyeh yang mewakili Hamas.

Pembantu Mahmoud, Yasser Abed Rabbo, berkata salah satu pilihan Mahmoud adalah mengisytiharkan darurat yang memberinya kuasa melangkaui kerajaan campuran Hamas-Fatah yang dilihat sebagai gagal menangani pertempuran.

Keadaan dilaporkan genting apabila pertempuran berleluasa di Gaza, termasuk tindakan kumpulan yang menutup muka berlari sambil melepaskan tembakan ke arah satu sama lain dan menakutkan penduduk yang terperangkap dalam rumah mereka.

Pertempuran sengit Hamas-Fatah di jalanan juga menyebabkan bandar Gaza yang berpenduduk padat, menjadi zon perang dan menjadikan penduduk ketakutan sebagai mangsa.

Tembakan secara rambang turut merosakkan bangunan pangsapuri selain turut mensasarkan sekumpulan penunjuk perasaan.

Lewat kelmarin, Hamas mengumumkan akan memantau gencatan senjata sebelah pihak dan Mahmoud menggesa pihak berbalah, bertahan.

Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab juga menggesa semua pihak menghentikan pertempuran itu.

Namun, amaran itu gagal mengekang keadaan apabila dua lagi anggota daripada kumpulan bermusuhan itu, terbunuh sebelum keadaan bertukar sedikit aman pada awal pagi semalam.

Anggota Hamas juga melepaskan tembakan ke arah pengawal rumah pemimpin mereka sendiri, Ismail, tetapi tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa. Kumpulan Hamas kemudiannya menyifatkan kejadian itu satu kesilapan.

Dalam tindakan yang dilihat cubaan mengheret Israel dalam konflik itu, Hamas melancarkan lebih 20 roket ke bandar Yahudi, Sderot kelmarin - hari kedua berturut-turut yang mengundang serangan balas Israel.

Malah rejim Zionis itu melancarkan dua serangan dengan jet pejuangnya membedil kereta didakwa membawa pejuang Palestin, menyebabkan dua maut. Israel turut membedil laman pusat perintah Hamas yang meragut empat nyawa.

Serangan itu menyaksikan pejuang Hamas dan Fatah mengenepikan permusuhan mereka buat seketika apabila bekerjasama mengorek runtuhan markas yang terletak bersebelahan.

Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar, berkata Israel tidak boleh terus bertahan apabila rakyatnya diserang.

“Sehubungan itu, satu serangan balas yang berani akan menyusuli,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Penganalisis Israel tidak menolak kemungkinan rejim Zionis itu merujuk operasi besar-besaran menceroboh Gaza selain serangan kejam mensasarkan skuad pelancar roket Palestin.


– AP (Dipetik dari Berita Harian, 17/05/2007)

Tebing Barat


Tebing Barat merupakan sebuah daerah di Timur Tengah yang merangkumi kawasan di barat Sungai Jordan yang dikuasai oleh Jordan di akhir perang Arab-Israel pada 1948. Kemudian pada 1967, ia ditawan oleh Israel pada Perang 6 hari.Kini, sebahagian daerah ini dikawal pemerintah pihak berkuasa Palestin, manakala sebahagian lain masih dikawal Israel. Bersama-sama Jaluran Gaza, ia membentuk daerah Palestin yang menjadi rebutan antara dua pihak tersebut.Di sinilah letaknya bandar Al-Quds (Jerusalem), tempat letaknya Al Haram Al Sharif yang menjadi punca utama pertelingkahan orang Islam dan Yahudi

Keganasan Semakin Berterusan di Gaza, 5 Maut

BANDAR GAZA 17 Mei – Gaza hari ini terus dicengkam ketegangan di sebalik gencatan senjata baru selepas lima orang terbunuh dalam pergaduhan antara puak yang membawa kerajaan perpaduan Palestin di ambang keruntuhan.

Bunyi tembakan kedengaran sekali-sekala di jalan-jalan raya bandar raya Gaza dengan kumpulan lelaki bersenjata memakai topeng kelihatan berkeliaran sementara penembak tepat berada di atas bumbung-bumbung bangunan.

Gencatan senjata terbaru antara kum- pulan Hamas dan Fatah berjaya meredakan keadaan seketika.

Presiden Mahmoud Abbas dari Fatah mengadakan lawatan ke wilayah yang ber- golak itu hari ini bagi mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri, Ismail Haniyeh bagi menamatkan keganasan yang setakat ini menyebabkan 43 orang terbunuh dalam tempoh lima hari.

Kumpulan Fatah dan Hamas semalam bersetuju mengadakan gencatan senjata keempat bagi menghentikan pertempuran yang menggugat Kabinet Palestin yang berusia dua bulan dan kebimbangan tercetusnya perang saudara.

– AFP (Dipetik dari Utusan Malaysia, 17/05/2007)