Thursday, May 17, 2007

Keganasan Semakin Berterusan di Gaza, 5 Maut

BANDAR GAZA 17 Mei – Gaza hari ini terus dicengkam ketegangan di sebalik gencatan senjata baru selepas lima orang terbunuh dalam pergaduhan antara puak yang membawa kerajaan perpaduan Palestin di ambang keruntuhan.

Bunyi tembakan kedengaran sekali-sekala di jalan-jalan raya bandar raya Gaza dengan kumpulan lelaki bersenjata memakai topeng kelihatan berkeliaran sementara penembak tepat berada di atas bumbung-bumbung bangunan.

Gencatan senjata terbaru antara kum- pulan Hamas dan Fatah berjaya meredakan keadaan seketika.

Presiden Mahmoud Abbas dari Fatah mengadakan lawatan ke wilayah yang ber- golak itu hari ini bagi mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri, Ismail Haniyeh bagi menamatkan keganasan yang setakat ini menyebabkan 43 orang terbunuh dalam tempoh lima hari.

Kumpulan Fatah dan Hamas semalam bersetuju mengadakan gencatan senjata keempat bagi menghentikan pertempuran yang menggugat Kabinet Palestin yang berusia dua bulan dan kebimbangan tercetusnya perang saudara.

– AFP (Dipetik dari Utusan Malaysia, 17/05/2007)

No comments: