BANDAR GAZA 17 Mei – Tiga orang pejuang Hamas terbunuh hari ini dalam tiga serangan udara berasingan yang dilancarkan oleh Israel, yang turut memusnahkan Ibu Pejabat Pasukan Tentera Eksekutif Hamas dan dua bangunan lain pergerakan Palestin itu.
Turut menjadi sasaran serangan itu ialah sebuah kereta yang membawa dua orang komander kanan dan sebuah treler milik Hamas.
Serangan itu memburukkan lagi keadaan di Palestin yang berhadapan dengan pertempuran dalaman antara Fatah dan Hamas, yang telah pun meragut 22 nyawa dan melumpuhkan Genting Gaza.
Pihak tentera Israel mengesahkan ketiga-tiga serangan itu dilancarkan setelah memberi amaran “tindakan keras” ekoran berlakunya serangan roket berkali-kali oleh pejuang Palestin sejak tiga hari lalu.
“Israel akan mempertahankan warganya. Kami akan menghentikan serangan roket, pelancar roket dan mereka yang merancang untuk memusnahkan infrastruktur,” kata jurucakap kerajaan Israel, Miri Eisin.
Bedilan ke atas ibu pejabat pasukan tentera eksekutif itu meninggalkan asap tebal di ruang udara Gaza dan memusnahkan bangunan pejabat dua tingkat terbabit serta beberapa bangunan lain di sekitarnya.
Pegawai perubatan menyatakan bahawa seorang maut sementara 54 yang lain cedera dalam serangan udara pertama Israel.
Ia kemudiannya disusuli dengan satu lagi serangan udara ke atas sebuah kereta yang membawa dua komander kanan Hamas yang membunuh salah seorang dari mereka.
Beberapa minit kemudian, serangan ketiga dilancarkan ke atas sebuah treler yang menempatkan pengawal keselamatan kepada seorang pegawai kanan Hamas di utara Gaza, menyebabkan seorang terbunuh sementara lapan yang lain cedera. -AP (Dipetik dari Utusan Malaysia, 17/05/2007)

No comments:
Post a Comment